Final Men’s Football SEA Games 2017 Kuala Lumpur

SEA GAMES 2017Malaysia akhirnya layak ke perlawanan akhir bolasepak lelaki setelah menumpaskan Indonesia dengan jaringan kemenangan 1 – 0. Kejayaan ini membolehkan Malaysia bertemu dengan Thailand yang sudahpun mara terlebih dulu ke perlawanan akhir setelah menewaskan Myanmar juga dengan kemenangan tipis 1 – 0.

Gol jaringan N. Tanabalan pada minit ke 85 membuatkan gema stadium Shah Alam pada ketika itu tidak saling tumpang seperti meraikan gol kemenangan walaupun perlawanan masih berbaki 5 minit tidak termasuk masa kecederaan.

Perlawanan dua negara serumpun itu dianggap el-clasico match kerana kedua-dua negara ini sering saja ingin dilihat sebagai kuasa bola sepak di nusantara.Jika di Sepanyol kita sering meperkatakan el clasico match itu pada perlawanan Barcelona dengan Madrid, maka tidak keterlaluan jika saya katakan di negara asia tenggara ini kita diperlihatkan suasana seperti itu bila perlawanan melibatkan Malaysia dan Indonesia yang mempunyai berkongsi kebudayaan yang sama malah mereka juga berkongsi bahasa dari rumpun yang sama.

Misi Malaysia masih belum selesai untuk berhadapan dengan Thailand pada Selasa, 29 Ogos 2017 nanti di Stadium yang sama. Sepak mula akan berlangsung pada pukul 8:45 malam dan akan disiarkan langsung melalui saluran TV3 dan Astro Arena saluran 801.

Semoga kejayaan milik Harimau Malaya. Apalah ertinya bolasepak ASEAN tanpa kehadiran Sang Garuda, dan apalah ertinya kemenangan jika tidak menang ke atas Indonesia. Kemenangan ke atas negara ASEAN mana pun tidak akan sama rasanya kemenangan Harimau Malaya ke atas Sang Garuda. Begitu juga Sang Garuda, sepak bola nusantara pasti sunyi andai Sang Garuda tidak ditemani Harimau Malaya.

Apa pun sekalung tahniah buat pemaian Harimau Malaya atas kejayaan kalian layak ke pusingan akhir bolasepak lelaki SEA Games ke 29 yang berlangsung di Kuala Lumpur tahun ini. Sebagai tuan rumah, buktikan kamu masih menyimpan taring yang tajam untuk membaham sang gajah putih.

4 Responses to Final Men’s Football SEA Games 2017 Kuala Lumpur

  1. akubiomed says:

    Pasukan Thailand pun cuak juga bila bertemu Malaysia. Mereka main perang psikologi sebelum malam perlawanan. Rezeki tidak memihak kepada kita walaupun ada peluang untuk menang emas ibu segala pingat.
    akubiomed recently posted…Minyak wangi Dashing Anytime EDT 18 ml mudah dibawaMy Profile

    [Reply]

  2. mrhanafi says:

    akhirnya Malaysia belum berjaya berdepan dengan Thailand..

    sedih juga rasa dan ia memang adat main bola..

    kalau tak menang akan jadi kalah
    mrhanafi recently posted…Ilmu Copywriting Yang Terpaksa DidedahkanMy Profile

    [Reply]

  3. musadun says:

    menang kalah itu adat dalam permainan.. mungkin tahun ini bukan rezeki Malaysia.. InsyaAllah tahun-tahun akan datang.

    [Reply]

  4. Walaupun tak menang emas, tetap sokong team kita 🙂
    sabree hussin recently posted…Blogging for a living – Grace TanMy Profile

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge